Posts

Kesepaduan Nasional

Image
Tugasan E-Folio 1 - Kesepaduan Nasional Bab 4 : Pemantapan Kesepaduan Nasional di Malaysia Soalan 1 : Apakah konsep Kesepaduan Nasional ?     Kesepaduan nasional dilaksanakan melalui tiga rangkai proses yang bergerak serentak dipacu oleh tiga motivasi, iaitu perpaduan yang diidamkan, kesepaduan yang dicapai dan penyatupaduan yang diusahakan. Tindakan membina Indeks Perpaduan Nasional (IPNas 2018) adalah suatu usaha serius untuk memantau pemantapan kesepaduan nasional. (Prof. Dr. Mansor Mohd Noor, 2019)     Dalam konteks pemantapan kesepaduan nasional di Malaysia, terdapat tiga lapisan perpaduan yang perlu dicapai iaitu perpaduan, kesepaduan dan penyatupaduan. Perpaduan ialah suatu bentuk kesatuan yang merupakan matlamat akhir yang diidamkan dalam sesebuah negara yang berbilang etnik. Kesepaduan ialah keadaan bersepadu dan menjadi kesatuan yang utuh. Keadaan yang dimaksudkan ialah keadaan aman, stabil, makmur dan sejahtera yang dicapai tetapi diakui masih terdapa...