Tugasan E-Folio 1 - Kesepaduan Nasional
Bab 4 : Pemantapan Kesepaduan Nasional di Malaysia
Soalan 1 : Apakah konsep Kesepaduan Nasional?
Kesepaduan nasional dilaksanakan melalui tiga rangkai proses yang bergerak serentak dipacu oleh tiga motivasi, iaitu perpaduan yang diidamkan, kesepaduan yang dicapai dan penyatupaduan yang diusahakan. Tindakan membina Indeks Perpaduan Nasional (IPNas 2018) adalah suatu usaha serius untuk memantau pemantapan kesepaduan nasional. (Prof. Dr. Mansor Mohd Noor, 2019)
Dalam konteks pemantapan kesepaduan nasional di Malaysia, terdapat tiga lapisan perpaduan yang perlu dicapai iaitu perpaduan, kesepaduan dan penyatupaduan. Perpaduan ialah suatu bentuk kesatuan yang merupakan matlamat akhir yang diidamkan dalam sesebuah negara yang berbilang etnik. Kesepaduan ialah keadaan bersepadu dan menjadi kesatuan yang utuh. Keadaan yang dimaksudkan ialah keadaan aman, stabil, makmur dan sejahtera yang dicapai tetapi diakui masih terdapat perbezaan dalam bentuk defisit sosial yang wujud dalam sesebuah masyarakat. Manakala penyatupaduan ialan proses menyatupadukan iaitu usaha berterusan pada peringkat semua lapisan masyarakat untuk menyelesaikan defisit sosial berwahanakan tapak integrasi berprinsipkan tawar-menawar, perundingan dan mediasi.
Apakah yang dimaksudkan dengan Kesepaduan Nasional?
Kesepaduan nasional bermaksud penyatuan pelbagai kelompok yang mempunyai latar belakang sosial dan kebudayaan yang berbeza, menjadi satu entiti fizikal. Penyatuan ini lebih merupakan penyatuan yang berbentuk zahir dan luaran.
Hasil daripada penyatuan ini keadaan akan menjadi aman, stabil, makmur dan sejahtera yang dicapai. Walau bahagimanapun diakui masih terdapat perbezaan dalam bentuk defisit sosial yang wujud dalam sesebuah masyarakat di negara kita ini.
Dalam usaha mewujudkan kesepaduan nasional, alat yang utama sebagai teras kesepaduan nasional ialan Perlembagaan Persekutuan dan Rukunegara. Dua perkara ini menjadi tunjang utama kepada kesepaduan nasional.
Kesepaduan nasional amat penting untuk mewujudkan masyarakat yang dinamik. Masyarakat dinamik akan mewujudkan kelompok petani tradisional kepada petani komersial industri, golongan miskin kepada kelas menengah dan masyarakat kampung kepada warga kosmopolitan.
Daripada segi kemajmukan bangsa, akan wujud pelbagai etnik dan budaya modeniti yang mengutamakan kestabilan dan kemajuan. Mereka berkongsi norma hidup, persamaan nilai dan kerencaman sosial. Hal ini merentasi hubungan horizontal antara etnik dan agama sekaligus dapat membina negara bangsa integrasi yang maju.
Apakah matlamat perpaduan yang diidamkan oleh penduduk di negara Malaysia?
- Detik Perpaduan
- Detik perbezaan
Detik Perpaduan :
Detik perpaduan adalah perkara yang berlaku dalam kehidupan seharian .Contohnya, pergaulan sesama masyarakat di pasar, majlis perkahwinan, kedai makan, sokongan dalam sukan, cuti perayaan dan menonton filem bersama-sama.
Contoh :
Sukan bola sepak : Perlawanan bola sepak Piala Malaysia pada tahun 1986 yang disokong oleh pelbagai kaum antaranya Cina, India dan Melayu. Budaya ini harus diterapkan supaya perpaduan dalam kalangan penduduk di Malysia menjadi lebih erat lagi.
mediahiburan.com
Perkahwinan : Perkahwinan selalunya diadakan di dewan, rumah dan hotel. Namun, ada juga yang menganjurkan ‘street wedding’ yang dilakukan di kawasan perumahan. Sebagai penganjur majlis, kita haruslah meminta izin kepada jiran-jiran untuk meminta tempat lebih sekiranya ramai tetamu yang hadir. Jadi, kita sebagai jiran tetangga juga harus bertolak ansur untuk memenuhi permintaan penganjur tidak mengira agama, kaum dan bangsa.
freepik.com
Makanan : Di negara Malaysia, terdapat pelbagai variasi makanan kerana percampuran pelbagai budaya dan bangsa. Contohnya, Nasi lemak dimiliki oleh orang Melayu. Selain itu, Roti canai dimiliki oleh bangsa India manakala Char Koay Teow dimiliki oleh bangsa Cina. Oleh itu, semua bangsa dapat merasa keenakan dan kelainan pelbagai jenis makanan sama ada makanan itu daripada bangsa-bangsa yang lain. Kesimpulannya, makanan juga dapat menjadi alat perpaduan bangsa.
dexandra.com
Detik Perbezaan :
Detik perbezaan adalah perkara yang membezakan kita dengan orang lain. Contohnya agama, bahasa percakapan, upacara perayaan dan lain-lain. Adakah perbezaan menyukarkan kita untuk bersatu padu? Jawapannya mestilah 'tidak' sekiranya kita dapat bertolak ansur dengan baik dengan kaum lain. Perbezaan ini haruslah kita hadapi dengan baik supaya tidak berlakunya pertengkaran, perselisihan faham dan perpecah-belahan.
Contoh :
Sambutan perayaan : Di Malaysia terdapat pelbagai perayaan yang diadakan kerana terdapat pelbagai kaum yang mempunyai perayaan tersendiri. Contohnya, sambutan Hari Raya Aidilfitri disambut oleh orang Melayu manakala, perayaan Hari Deepavali pula disambut oleh orang India. Seterusnya, perayaan Tahun Baru Cina disambut oleh orang Cina. Perayaan ini dapat dihadiri oleh pelbagai bangsa dan budaya. Dengan adanya perayaan ini, kita dapat mengeratkan lagi perpaduan dan silaturrahim antara satu sama lain. Buktinya, masyarakat yang berbeza kaum di negara kita saling ziarah-menziarahi antara satu sama semasa hari perayaan kaum mereka tanpa tercetusnya rusuhan kaum.
Bahasa : Malaysia didasari dan didiami oleh penduduk yang berbilang bangsa dan agamaJadi apabila terdapat pelbagai bangsa maka terdapat juga pelbagai bahasa yang susah untuk difahami.Retetan itu,kerajaan telah mengumumkan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi di Malaysia.Faktor sejarah dimana bahasa Melayu merupakan ligua franca.
Soalan 2 : Apakah maksud Kesepaduan Sosial?
Kesepaduan sosial adalah antara perkara penting dalam menjamin keharmonian dan keamanan semua bangsa, agama dan kaum dalam Malaysia. Ia merupakan hal utama kepada keadaan yang stabil dan masyarakat tanpa konflik.
Terdapat enam dimensi yang ada dalam kesepaduan sosial. Antaranya ialah :
(i) Kepunyaan-Pemencilan : Kewujudan atau ketidakhadiran nilai-nilai yang dikongsi dan perasaan identiti yang sama.
(ii) Rangkuman-Pengecualian : Tahap kesaksamaan dan peluang dalam kalangan warga dalam ekonomi khasnya pasaran.
(iii) Penyertaan-Ketakterlibatan : Penyertaan dalam politik dalam kalangan rakyat sama ada di tahap pusat atau lokal dalam kerajaan.
(iv) Pengiktirafan-Penolakan : Kebimbangan akan perbezaan atau toleransi dalam kepelbagaian dalam kalangan masyarakat.
(v) Setara/setaraf-Tidak setara : Penyelenggaraan legitimaci dalam politik dan institusi sosial (
daripada tahap negeri kepada individu dalam masyarakat yang mempunyai minat yang berbeza.
(vi) Kesamaan-Ketidaksamaan : Persamaan dan peluang yang sama dalam kalangan masyarakat tanpa mengira etnik, agama, tradisi, budaya.
Apakah maksud Defisit Sosial?
Defisit sosial ialah perkara yang sudah lama tetapi tidak dapat diselesaikan dengan segera dan memerlukan waktu, perancangan dan pelaksanaan berasaskan prinsip tawar menawar dan perundingan. Terdapat 10 isu dalam defisit sosial iaitu etnisiti, agama, kelas sosial, pendidikan, bahasa, jurang generasi, gender, politik federalisme, ruang (bandar-desa) dan media.
Langkah-langkah menghadapi Defisit Sosial?
1. Politik Federalisme - Kuasa dibahagi kepada dua iaitu satu kerajaan pusat dan satu lagi kerajaan negeri. Setiap kerajaan ini mempunyai tugas masing-masing.
2. Bahasa - Bahasa Melayu sebagai bahasa pengataraan. Hal ini disebabkan Malaysia mempunyai pelbagai bahasa dan susah untuk difahami, langkah kerajaan untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi sama ada di sekolah, agensi kerajaan mahupun swasta kerana dapat memudahkan masyarakat untuk berkomunikasi.
3. Etnisiti - Percampuran budaya seperti orang Cina dapat bercakap bahasa negeri yang mereka tinggal seperti Kelantan. Sebagai contoh, orang Cina boleh bercakap dialek Kelantan dengan lancar dan jelas.
4. Agama - Malaysia sering dijadikan contoh beberapa negara lain kerana mempunyai penduduk yang mempunyai keharmonian yang baik. Antara perkara yang dilakukan oleh setiap kaum masyarakat di negara kita ialah mereka tidak menghina dan mempersendakan agama dan bangsa lain kerana kita mempunyai kepercayaan masing-masing tersendiri.
Apa itu Etos Nasional?
Perkataan etos berasal daripada bahasa Yunani iaitu ‘ethos’ yang membawa maksud hsikap, keperibadian, watak, karakter dan keyakinan ke atas sesuatu. Sarjana terkenal Greek iaitu Aristotle ialah antara individu yang banyak membicarakan hal mengenai etos. Beliau menggambarkan etos sebagai salah satu dari pada tiga ‘mode of persuasion’ selain logos dan pathos. Dalam hal ini, beliau memberikan erti etos itu sebagai ‘moral competence’. Namun, Aristotle berusaha memperluaskan lagi istilah etos sehingga maknanya tercakup dalam hal yang berkaitan dengan ‘kolektif’ atau sesuatu yang bersifat kelompok.
Apakah pandangan perdana menteri yang keempat iaitu Tun Dr.Mahathir Mohamad tentang Etos bangsa?
I. Perkongsian sejarah (shared historial experiences)
2. Perkongsian nilai (share value)
3. Perasaan kekitaan bersama (a feeling of common identify)
4. Perkongsian masa depan (shared destiny that trancends ethnic)
7. Keterikatan Emosi Negara (an emotional attachment to the nation)
rojakdaily.com
APAKAH TIGA KONSEP ASAS PERPADUAN DAN INTEGRASI?
ASIMILASI :
Asimilasi merupakan satu proses
percantuman dan penyatuan antara kumpulan etnik yang mempunyai berlainan budaya
sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identity yang sama.
Konsep ini berhubungan dengan penyerapan sehala individu/kelompok ke dalam
kelompok yang lain. Menurut seorang pakar sosiologi, Vander Zanden menyatakan,
asimilasi ialah satu proses dalam mana-mana kelompok yang berfikir, berperasaan
dan bertindak secara berlainan, menjadi satu dalam kesatuan sosial serta budaya
yang sama. Contohnya, orang Melayu di Thailand telah mengalami proses asimilasi
yang menyebabkan nama, bahasa dan hamper semua aspek cara hidup mereka (kecuali
agama) telah disatukan dengan amalan dan cara hidup orang Thailand.
AMALGAMASI :
Amalgamasi merupakan satu proses
penyatuan pelbagai kumpulan etnik dari segi biologi. Dalam proses ini, semua
entiti kebudayaan pelbagai kumpulan dicampuradukkan melalui perkahwinan campur
dan akhirnya mewujudkan satu bangsa atau budaya baru tanpa menuruti budaya asal
mereka. Proses ini kebiasaannya memakan masa yang lama dan akan melalui
beberapa generasi.
PLURALISME :
Konsep ini adalah bertentangan dengan dasar asimilasi amalgamasi.
Pluralisme merujuk kepada suatu bentuk integrasi yang sering dirujuk sebagai
proses “perpaduan dalam kepelbagaian” di mana kepelbagaian dilihat sebagai
suatu kekuatan bagi sesebuah negara yang memilikinya.
NOTA TAMBAHAN :
(i) Kebaikan globalisasi kepada negara Malaysia :
Antara kebaikkan globalisasi kepada negara Malaysia ialah, globalisasi dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dan mewujudkan persefahaman sejagat. Hal ini kerana, pada era ini telah wujudnya sistem komunikasi yang canggih dan mudah untuk digunakan untuk berinteraksi seperti aplikasi-aplikasi yang boleh didapati secara percuma di telefon bimbit mahupun komputer riba contohnya, aplikasi 'WhatsApp', 'Facebook', 'Instagram', 'Twitter', 'MySpace' dan sebagainya. Kemudahan-kemudahan ini dapat membolehkan setiap individu untuk berhubung antara satu sama lain dengan mudah dan cepat. Selain itu, mereka juga dapat menambah kenalan baharu sekaligus dapat mempertingkatkan keharmonian, kedamaian dan kemesraan sesama manusia.
(ii) Keburukan globalisasi kepada negara Malaysia :
Selain banyak menyumbangkan keburukan, globalisasi juga turut mendatangkan kesan buruk kepada masyarakat di negara kita. Antara keburukannya ialah, globalisasi menyebabkan pemikiran yang sangat terbuka dan terlampau. Perkara ini telah mendatangkan keburukan dalam aspek akidah. Hal ini adalah kerana dalam aspek ini, manusia berfikiran bahawa dunia tanpa sempadan dan setiap pemikiran adalah hak asasi setiap manusia tanpa memikirkan impaknya kepada kehidupan mereka. Selain itu, perkara ini bertambah lebih parah lagi apabila mereka melayari laman web yang berunsurkan hiburan, lucah dan sebagainya di Internet. Impak daripada perihal tersebut, lahirnya perhubungan bebas antara lelaki dan perempuan, kes pembuangan bayi, budaya 'punk', budaya lepak, perlumbaan haram, penagihan dadah dan sebagainya. Seterusnya, nila-nilai barat yang terdapat banyak masuk ke negara pada ketika ini telah banyak menghakis kepercayaan agama dan menjejaskan benteng kerohanian mereka terutamanya golongan muda bahkan sanggup mengenepikan soal halal dan haram dalam sesuatu perkara.
Refleksi :
Hasil daripada kajian yang telah saya lakukan mengenai topik Kesepaduan Nasional ini, saya telah memperolehi dan mempelajari tentang pentingnya nilai Hidup Bersama Secara Aman untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian di negara. Hal ini kerana, sekiranya kita sebagai masyarakat memainkan peranan masing2 dalam menyumbangkan toleransi yang baik sesama individu, kita sekaligus dapat menjadikan negara kita sebagai sebuah negara yang aman dan damai. Selain itu, kita juga akan dapat mewujudkan persefahaman sejagat dalam kalangan masyarakat. Hal ini demikian sedikit sebanyak dapat mengelakkan daripada wujudnya pertengkaran, perselisihan faham antara masyarakat dan juga rusuhan kaum. Seterusnya, sekiranya negara kita dihadapi musibah mahupun diancam negara luar, masyarakat dapat bersatu-padu dalam memerangi ancaman tersebut dengan jayanya bak kata pepatah, 'bersatu teguh, bercerai roboh'.
Selain itu, dalam pembikinan tugasan ini juga telah wujudnya nilai Kerjasama. Sebagai contoh, saya dan rakan seperjuangan saya iaitu pasangan tugasan saya telah bekerjasama dan berbahagi tugas dalam menyiapkan tugasan yang diberikan ini. Kami telah melakukan tugasan ini dengan lancar tanpa berlakunya sebarang perselisihan faham dan persengketaan yang boleh menyebabkan penyukaran dan penangguhan pembikinan tugasan ini.
Penutup :
Konklusinya, kita sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum haruslah hidup bersatu padu dengan baik sesama masyarakat agar keamanan dan keharmonian negara kita terjamin. Maka, generasi masa hadapan dapat menikmati keamanan kebudayaan penduduk di Malaysia.
https://www.youtube.com/watch?v=Hdwqwt-uTaQ
SUMBER RUJUKAN :
Perpaduan,Kesepaduan dan Penyatupaduan/studocu.com
Kesepaduan Dalam Kelpebagaian/anyflip.com
https://www.slideshare.net/mobile/wannurizzatiwanmohdy/masyarakat-pelbagai-etnik-di-malaysia-2-pdf-75255446
https://www.studocu.com/my/document/open-university-malaysia/organisation-and-business-management/summaries/mengurus-dan-memahami-hubungan-etnik-di/8627540/view
https://www.coursehero.com/file/50232550/Chapter-4-Pemantapan-Kesepaduan-Nasional-Azmi-1-2pptx/
http://tangkapgambar.blogspot.com/2011/03/v-behaviorurldefaultvmlo.html
https://stpmesei.blogspot.com/2015/12/kesan-baik-dan-kesan-buruk-globalisasi.html
Comments
Post a Comment